SALAM BERKENALAN
Assalammualaikum
dan salam sejahtera. Dengan rendah diri , saya mengucapkan syukur
kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya maka dapat saya
melakukan kata-kata pembuka bicara di dalam kerja berfortfolio ini,
iaitu sebagai kerja kursus teknologi maklumat semester lima ini.Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek
ini. Terutama sekali kepada rakan-rakan iaitu ayuni,amirah,dan shazliyana dan juga khasnya kepada
En. fandi ibrahim yang paling banyak memberi tunjuk ajar dan semangat
kepada saya untuk membuat satu homepage.Pada
peringkat awal kerja ini diberi saya beranggapan bahawa,saya tidak mampu untuk melakukan
kerja berfortfolio dan homepage ini. Namun
setelah meneliti, bertanya dan menyelidik tentang kaedah
perlaksanaannya, maka akhirnya saya berjaya melaksanakannya.Segala
rintangan dan dugaan yang saya lalui semasa membuat projek ini, saya
menjadikan ia sebagai satu dorongan untuk berjaya.
Akhir
bicara, semoga kerja kursus ini akan menjadi dorongan kepada saya iaitu
sebagai guru pelatih di sekolah kebangsaan kinabutan untuk mencari pengalaman dan seterusnya pengalaman
itu akan saya serapkan pada murid-murid saya nanti. Sekian , terima
kasih.
No comments:
Post a Comment